Showing posts with label open house. Show all posts
Showing posts with label open house. Show all posts

Friday, August 17, 2012

Aidilfitri dan KAMI!!!

Assalamualaikum readers!!

Alhamdulillah, kita semakin hampir untuk menyempurnakan Ramadan 1433H pada tahun ni. Team TIC sedih untuk meninggalkan Ramadan. Tetapi, gembira juga untuk menyambut Aidilfitri. Macam mana persiapan raya anda semua? Mesti meriahkan? Kami tahun ini beraya ala kadar shj. As usual admin TIC blog akan pulang beraya di kampung. Untuk readers yg juga akan pulang beraya di kampung, hati-hati ketika memandu. Jangan pandu kereta laju2 OK! (nanti xpasal2 kena saman pulak). Kalau mengantuk tu, bhentilah di mana2 kawasan R&R yg disediakan.

Sempena menyambut bulan Syawal atau Aidilfitri yg bakal menjelang (2 hari je lg), kami di TIC ada menyediakan pakej2 rumah terbuka untuk anda. Jadi, apa tunggu lagi..send your inquiries to our email: terataibunda.catering@gmail.com atau hubungi terus wakil kami di 013-3362311 (Aizat). You don't want to miss the chances!!!

Dari semua Team TIC

Our signature Rendang Sri Teratai..kalau makan dgn lemang masa raya ni mesti sedap!!
Terima kasih, Adieu!!!

Thursday, August 9, 2012

Sepuluh malam terakhir..Malam Lailatul Qadar

Assalamualaikum readers

Bagaimana puasa anda tahun ni. Pejam celik je hari ni dah masuk 10 hari terakhir Ramadan atau Malam Lailatul Qadar..Kalau dulu, zaman kanak2, admin rasa masa ni lah paling seronok...bukan apa, masa ni arwah atuk admin akan suruh pasang pelita keliling kawasan kampung. Kayunya arwah atuk akan masuk dalan hutan utk cari. Then, bermulalah sesi bermain bunga api. Admin penakut nk main mercun, jadi bunga api pn kira OK lah kan. Itu cerita zaman kanak2.

Macam ni la pelita dulu2..tin punya, barula best (gambar ihsan  http://batulesung.blogspot.com/2009_08_01_archive.html)
Tapi bila diri dah meningkat dewasa, pengertian 10 malam terakhir ni jadi lebih bermakna. Di dalam Al-Quran ada menerangkan bahawa "Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!” (Al-Qadr 97: 1-5) Jadi, marilah kita melipat gandakan amalan kita pada bulan yg penuh Barakah ni ditambah lagi dgn kebaikan 10 malam terakhir.


Perbanyakkan bacaan ayat-ayat dari kitab suci Al-Quran

Bersujudlah di sepertiga malam
Oh ya, tidak ketinggalan, sempena bulan Syawal nanti, pihak Teratai Ibunda Catering ada menyediakan pakej-pakej untuk rumah terbuka untuk anda. Untuk sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan kami di terataibunda.catering@gmail.com.

Thanks for reading people!!! Adieu~~


Gambar ihsan GOOGLE