Showing posts with label ramadan. Show all posts
Showing posts with label ramadan. Show all posts

Thursday, August 9, 2012

Sepuluh malam terakhir..Malam Lailatul Qadar

Assalamualaikum readers

Bagaimana puasa anda tahun ni. Pejam celik je hari ni dah masuk 10 hari terakhir Ramadan atau Malam Lailatul Qadar..Kalau dulu, zaman kanak2, admin rasa masa ni lah paling seronok...bukan apa, masa ni arwah atuk admin akan suruh pasang pelita keliling kawasan kampung. Kayunya arwah atuk akan masuk dalan hutan utk cari. Then, bermulalah sesi bermain bunga api. Admin penakut nk main mercun, jadi bunga api pn kira OK lah kan. Itu cerita zaman kanak2.

Macam ni la pelita dulu2..tin punya, barula best (gambar ihsan  http://batulesung.blogspot.com/2009_08_01_archive.html)
Tapi bila diri dah meningkat dewasa, pengertian 10 malam terakhir ni jadi lebih bermakna. Di dalam Al-Quran ada menerangkan bahawa "Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!” (Al-Qadr 97: 1-5) Jadi, marilah kita melipat gandakan amalan kita pada bulan yg penuh Barakah ni ditambah lagi dgn kebaikan 10 malam terakhir.


Perbanyakkan bacaan ayat-ayat dari kitab suci Al-Quran

Bersujudlah di sepertiga malam
Oh ya, tidak ketinggalan, sempena bulan Syawal nanti, pihak Teratai Ibunda Catering ada menyediakan pakej-pakej untuk rumah terbuka untuk anda. Untuk sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan kami di terataibunda.catering@gmail.com.

Thanks for reading people!!! Adieu~~


Gambar ihsan GOOGLE

Wednesday, August 1, 2012

Ramadan Kareeem!!!

Assalamualaikum semua

Hari ini dah masuk Ramadan hari yang ke-12. Apa pengalaman menarik anda sepanjang bulan Ramadan 1433H ni? Ada yang baru menempuh alam rumah tangga menyambut Ramadan berdua bersama suami atau isteri (mcm adik blogger yg comel Irine Nadia), ada juga yang bergelar ibu dan bapa di bulan yang mulia ni kan? Disebalik kisah-kisah yg happy buat anda tersenyum sampai telinga, jangan lupa kepada insan-insan yg kurang bernasib baik. Bukan sahaja di negara kita, tetapi di seluruh dunia.

Salam Ramadan 1433Hijrah

Sunni Killings in Syria --> What is our action?

Rohingya Muslims community killed in Myanmar --> Should we just remain calm?
Bersempena dengan bulan Ramadan ini, kami pihak Teratai Ibunda Catering (TIC) menganjurkan satu program sumbangan amal untuk anak-anak yatim dengan membuka kepada anda semua yg ingin memberikan sumbangan dlm bentuk wang kepada mereka. Tiada had minima dikenakan (beri seikhlas mungkin). Jadi, untuk maklumat lanjut bolehlah menghantarkan email kepada kami di terataibunda.catering@gmail.com.

Terima kasih, Adieu~~

Gambar: Ihsan GOOGLE