Thursday, August 9, 2012

Sepuluh malam terakhir..Malam Lailatul Qadar

Assalamualaikum readers

Bagaimana puasa anda tahun ni. Pejam celik je hari ni dah masuk 10 hari terakhir Ramadan atau Malam Lailatul Qadar..Kalau dulu, zaman kanak2, admin rasa masa ni lah paling seronok...bukan apa, masa ni arwah atuk admin akan suruh pasang pelita keliling kawasan kampung. Kayunya arwah atuk akan masuk dalan hutan utk cari. Then, bermulalah sesi bermain bunga api. Admin penakut nk main mercun, jadi bunga api pn kira OK lah kan. Itu cerita zaman kanak2.

Macam ni la pelita dulu2..tin punya, barula best (gambar ihsan  http://batulesung.blogspot.com/2009_08_01_archive.html)
Tapi bila diri dah meningkat dewasa, pengertian 10 malam terakhir ni jadi lebih bermakna. Di dalam Al-Quran ada menerangkan bahawa "Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!” (Al-Qadr 97: 1-5) Jadi, marilah kita melipat gandakan amalan kita pada bulan yg penuh Barakah ni ditambah lagi dgn kebaikan 10 malam terakhir.


Perbanyakkan bacaan ayat-ayat dari kitab suci Al-Quran

Bersujudlah di sepertiga malam
Oh ya, tidak ketinggalan, sempena bulan Syawal nanti, pihak Teratai Ibunda Catering ada menyediakan pakej-pakej untuk rumah terbuka untuk anda. Untuk sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan kami di terataibunda.catering@gmail.com.

Thanks for reading people!!! Adieu~~


Gambar ihsan GOOGLE

No comments:

Post a Comment